KARANGAN SPM 2015...Sebab-sebab remaja lari dari rumah?Remaja lari rumah
sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan zaman moden ini. Jelaskan
sebab-sebabnya. Remaja lari rumah
diibaratkan sebagai remaja yang meninggalkan rumah tanpa mendapat keizinan ibu
bapa mereka. Kajian telah membuktikan bahawa golongan remaja perempuan dari
kawasan bandar lebih banyak lari dari rumah berbanding jantina yang lainnya
itu. Media massa telah menggunakan bahan berita sebegini untuk melariskan
jualan akhbar mereka atau menarik jumlah penonton ke saluran mereka itu.
Sebenarnya, wujud pelbagai faktor yang menyebabkan kemelut ini terus menular
dalam kalangan remaja kita tersebut. Sebab utama ialah ibu
bapa pada zaman ini sering mengabaikan amalan mendidik anak mereka itu.
Kegagalan ini banyak dikaitkan dengan sikap ibu bapa yang terlalu sibuk
mengejar kejayaan kerjaya atau mencari rezeki buat keluarga mereka itu. Remaja
akan berasa diri mereka disisihkan oleh ibu bapa kerana tidak ada langsung
interaksi dengan orang tua mereka itu untuk tempoh yang panjang pula. Jadi,
kegagalan ibu bapa melakukan tugas mendidik itu yang membawa fenomena sosial
ini terus berlaku dalam kalangan masyarakat kita. Selain itu, gejala
sosial ini berlaku kerana remaja itu mengalami tekanan yang hebat dalam
kehidupan harian mereka. Tekanan ini melibatkan prestasi pelajaran di sekolah
yang berdasarkan peperiksaan itu dan juga harapan ibu bapa yang keterlaluan
supaya anak mereka berjaya dalam pelajaran tersebut. Remaja yang gagal mengawal
tekanan sebegini akan berasa cemas dan tidak tenang dalam kehidupan mereka lalu
melihat lari rumah ini sebagai jalan keluar yang paling mudah. Jelaslah, remaja
yang tidak boleh mengawal tekanan hidup menjadi golongan yang mudah terlibat
dalam amalan buruk ini. Tambahan pula,
pengaruh rakan sebaya turut dilihat menjadi penyebab utama remaja meninggalkan
rumah tanpa kebenaran itu. Rakan sebaya yang masih mentah itu pasti memberikan
nasihat yang tidak rasional apabila remaja meluahkan perasaan mereka yang
tertekan tersebut. Tanpa disedari remaja akan mematuhi nasihat yang diberikan
oleh kawannya tanpa memikirkan impak buruk yang berlaku pada masa hadapan itu.
Lantaran itu, rakan yang tidak matang pemikirannya akan membawa banyak remaja
terjebak dalam perbuatan sumbang ini. Pengaruh media massa
turut mempunyai kaitan dalam penularan perbuatan lari dari rumah ini. Penyiaran
program hiburan Barat oleh pihak media massa terutama elektronik ini telah
meracuni pemikiran remaja kita tentang erti kehidupan sebenar itu. Lama-kelamaan,
minda remaja akan cuba meniru semua tindakan yang dilihat menerusi program
tersebut termasuklah tindakan lari dari rumah kerana beranggapan tindakan itu
bijak. Sesungguhnya, penyiaran program sebegini membawa minda remaja kita
keliru lalu bertindak di luar batas-batas budaya tempatan itu pula. Malahan, budaya lari
rumah ini turut disebabkan oleh sikap remaja itu sendiri terutama dalam
mengharungi cabaran hidup ini. Ada remaja yang sengaja mencari masalah kerana
mahu diberi perhatian oleh ahli keluarga yang tidak berinteraksi itu. Jika
amalan sebegini dibiarkan sudah pasti remaja itu akan mengulangi kesilapan demi
kesilapan kerana sedar bahawa keluarga mereka akan terus membantu atau
memberikan perhatian apabila sebarang masalah terjadi. Oleh itu, remaja kita
yang bersalah dalam isu ini kerana ada remaja yang mempunyai sikap suka
menimbulkan masalah dalam kehidupan ini atau berpura-pura itu. Pendek kata, semua
hujah yang dihuraikan tadi membawa budaya lari rumah ini sebagai satu perkara
yang lazim berlaku dalam kalangan remaja kita. Semua pihak haruslah berfikiran
terbuka dalam menangani isu ini agar masalah sosial ini berjaya dikekang dengan
efektif. Jika semua pihak masih berdegil terutamanya ibu bapa yang tidak mahu
menerima pandangan hidup anak, sudah pasti gejala lari rumah ini akan
berterusan untuk satu jangka masa yang panjang pula. Peribahasa menconteng
arang ke muka sendiri harus direnung oleh remaja yang ingin melakukan perkara
buruk ini kerana tindakan mereka itu pasti menimbulkan rasa malu terhadap
keluarga mereka untuk satu jangka masa yang panjang.
熱門文章
-
Karangan STPM - Faktor-faktor hilang semangat kejiranan (isi) Peribahasa ‘bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing’ s...
-
KARANGAN SPM 2015...Sebab-sebab remaja lari dari rumah? Remaja lari rumah sudah menjadi satu perkara lumrah dalam kehidupan zaman moden ini...
-
KEJIRANAN SIHAT JAYAKAN KONSEP BANDAR SELAMAT Satu daripada program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Ra...
-
~SEMANGAT KEJIRANA~ :) SEMANGAT KEJIRANAN 1.0 Didalam kehidupan bermasyarakat, kita tidak terlepas daripada mempunyai sem...
沒有留言:
發佈留言