KEJIRANAN SIHAT JAYAKAN KONSEP BANDAR SELAMAT
Satu daripada program transformasi yang diperkenalkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ialah Program Transformasi Sosial (PTS). PTS menjurus kepada usaha untuk memperkukuh nilai-nilai, budaya kerja, cara berkikir dan sikap rakyat Malaysia agar mengamalkan nilai-nilai positif yang dapat menyumbang kepada kemajuan dan kesejahteraan masyarakat.
Menurut Perdana Menteri nilai budaya adalah sesuatu yang berkaitan dengan diri kita sendiri. Sekiranya nilai-nilai positif dapat meresap dan menjadi sebati dalam lubuk hati kita maka bangsa Malaysia pasti akan berjaya mencipta masa depan yang cemerlang.
Ini bermaknakejayaan transformasi sosial adalah bertitik tolak daripada kesediaan rakyat untuk melakukan perubahan dalam diri. Satu cara untuk menjayakan transformasi sosial adalah melalui aspek kejiranan. Kejiranan yang kukuh akan memudahkan masyarakat mendukung perubahan yang dicita-citakan, terutama dalam usaha menjayakan wawasan transformasi negara.
Perkasa kejiranan di kawasan bandar
Justeru, amat wajar sekali aspek kejiranan di negara ini diperkasakan, terutama di kawasan bandar. Mengapa di kawasan bandar ? Jawapannya ialah di bandar penduduknya terlalu sibuk dengan pelbagai urusan kehidupan sehingga mengabaikan jiran walaupun tinggal sebelah menyebelah. Ini tidak bermakna semua orang di bandar bersikap demikian. Namun, hakikat yang harus diakui ialah kejiranan yang rapuh menjadi isu yang menonjol di kawasan atau taman-taman perumahan di bandar.
Oleh itu, kerajaan melalui agensi atau jabatannya mengatur pelbagai aktiviti dan program bagi memperkukuh hubungan sesama penduduk. Program terbabit biasanya diatur bersama persatuan-persatuan penduduk di kawasan perumahan yang dipilih itu. Contohnya, program ‘Kenali Jiran Kita’ yang dianjurkan oleh Jabatan Penerangan dengan kerjasama agensi-agensi lain adalah bertujuan membina dan mengeratkan lagi semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.
Di bawah program itu pelbagai aktiviti diadakan seperti gotong-royong, kenduri kampung, sukan rakyat, pertandingan kesenian rakyat seperti zikir barat dan pelbagai aktiviti lain bertujuan mempertemukan semua jiran tanpa mengira kaum bagi memperkukuh hubungan silaturrahim sesama mereka.
Kejiranan sihat menjadi satu daripada elemen penting bagi menjayakan konsep bandar selamat. Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (JBPD) mendefinisikan bandar selamat sebagai bandar yang bebas daripada semua ancaman fizikal, sosial dan mental. Persekitarannya terpelihara daripada kejadian yang boleh mengganggu-gugat. Penghuninya hidup dalam keadaan selamat, sejahtera, sihat, ceria dan dapat menjalani hidup dengan penuh keyakinan.
Sifat ‘aur dengan tebing’
Jiran sepatutnya bersifat seperti ‘aur dengan tebing’. Ia membawa makna kejiranan yang padu dan bersatu akan membina kesatuan dan kerjasama yang baik sesama mereka. Seperti maksud peribahasa ‘berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’, setiap jiran perlu saling bantu-membantu dalam perkara kebaikan yang dapat membina kehidupan masyarakat yang harmoni dan sejahtera.
Jika masyarakat dapat berganding bahu dan saling mengekalkan kehidupan yang harmoni maka perpaduan nasional akan bertambah kukuh. Untuk menjaga kerukunan berjiran maka setiap orang mestilah mengelakkan diri daripada mengganggu jirannya, memfitnah, berhasad dengki dan melakukan kejahatan terhadap jiran.
Bukankah agama Islam dan agama lain juga menyuruh kita melakukan kebaikan terhadap jiran? Justeru, sama-malah kita mengenali jiran kita agar kita dapat hidup harmoni, aman dan berkasih sayang sesama jiran.
Kesimpulan, amalan kejiranan yang kukuh dapat mengelakkan keretakan dalam kalangan masyarakat. Ia juga dapat memudahkan usaha kerajaan untuk membawa transformasi atau perubahan dalam masyarakat dan negara dapat melakar kejayaan yang lebih gemilang. – BH 30 Mei 2013
____________________________________________________________
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.
Penulis ialah Penganalisis Media di Bahagian Penerbitan Dasar Negara, Jabatan Penerangan.
Casino Restaurants Near Mohegan Sun - Mapyro
回覆刪除Find the best 당진 출장마사지 Casino 동해 출장샵 Restaurants near Mohegan Sun in Uncasville. 경주 출장마사지 Menu, Hours, 포천 출장안마 Phone number, Map, 오산 출장안마 Map, Reviews.